Syahdu lirik Better Man dengan nyanyian serak basah Robbie Williams menjadi teman saya pada petang ini,..
Saya sangat mengharap bahawa pada semester kali ini semuanya akan berjalan lancar. Kata seorang tua yang berpengalaman kepada saya: kalau ingin berjaya di akhir semester, mesti mula awal semester!
Saya berdoa agar saya, sahabat, umat muslimin dan para pembaca akan dikurniakan semangat Ramadhan yang bakal mengunjung.
Biar harum berkatnya bulan ini mengisi hela nafas kita ketika cengkam nafsu menyesakkan dada.
Ya, saya ingin: "to be a better man......"
Sunday, 8 July 2012
Monday, 23 April 2012
Cahaya Tuhan
Kadang-kadang, saya selalu jadi sedih melihat orang-orang yang mengeluh:
"Kalaulah tuhan tu betul-betul Maha Penyayang, kenapa hidayah tu dia tak bagi je kat semua orang??
"Mana hidayah? ...Mana? Kalau aku dah dapat Cahaya hidayah dari tuhan, aku takkan jadi jahat macam ni"
Dan serentak itu juga batin saya teriak:
Meraba di tanah dirimu
cari Cahaya Tuhanmu
gelita segenap rasa
bukan kerna tiada Cahaya
kerana belum terbuka matamu
dan aku kira kau bukan si buta?

Saturday, 7 April 2012
Puisi Pendakwah (Bahagian 1)
Pokok Bunga Kuning
Pokok bunga kuning,
rimbun daun dahan yang kaku padu.
tumbuhnya di tepi jalan
asap debu jadi makanan
pentas gagak berlagu
tempat iklan dipaku
Pokok bunga kuning
Kuning bunganya tak berbau
isi bunganya tak bermadu
gugur bunganya melayang-layang
dipijak orang lalu-lalang
Pokok bunga kuning
Kukuh batang tubuh berdiri
Kanvas lukis lambang janji
Di sisinya bocah kecil bersila
meminta-minta ihsan manusia
banir akarnya bantal selesa
peminum todi yang lara
dan sentiasa
walau musim berganti
ia sentiasa menadah
mengharap rahmat Ilahi
Pokok bunga kuning
hidupnya di tengah metropolitan
berteman resam hidup insan
jauh dari ibu di hutan
Adi Husni
Kolej Cendana, Shah Alam
Thursday, 29 March 2012
Sejenak Meniti Kehidupan di Titian Kasih
Sayup-sayup azan Subuh kedengaran; bagai menyergah
kami yang lemas dalam lena mimpi. Usai subuh, barang-barang hadiah dan makanan
telah disusun rapi-menunggu dibawa pergi. Pagi itu kami berangkat dari Cemara
yang sentosa menuju Titian Kasih di Titiwangsa.
Wajah anak-anak ini polos sekali (mungkin kerana
tiada noda dosa yang memalit-agaknya). Riang tawa yang berbunga di raut
anak-anak ini segera menambat hati kami.Sesekali hilai tangis ada juga
berselang tetapi muzik latar begitu lumrah bagi anak-anak kecil. Nun jauh di
satu sudut, anak-anak remaja Titian Kasih agak malu (sebenarnya segan) untuk bersua. Yang lelaki,(yang macho-macho)
buat-buat tak tahu-yang perempuan(yang manis-manis), malu tapi mahu!
Apapun ketika
aktiviti, ramai juga yang menyertai kami. Sorak gembira anak-anak dan kuntum
senyum ibu-ibu tunggal di titian kasih meluluhkan hati saya.
Apa rasanya menjadi anak yatim piatu?( Saya
membayangkan perkara ini sepanjang perjalanan)
Mak Pah. Mak Pah mengasaskan Rumah Titian Kasih pada
tahun 1998.Wajah Mak Pah memang menyeringai dengan giginya yang tak cukup;
macam pagar rosak-biasalah,gigi orang tua. Namun begitu, Subhanallah, butir-butir mutiara hikmah yang terbit dari
lisannya menjadi kalungan ilmu kami pada hari itu.
Begini kata Mak Pah:
“Jangan terkejut anak-anak eh, gigi Mak Pah ni
memang macam pagar rosak, tapi Mak Pah rasa, Alhamdulillah-lah sebab Allah tu
dah bagi mak Pah pinjam gigi ni selama 50 tahun lebih Mak Pah hidup. Mak Pah
rasa syukur sangat”.
“Mak Pah percaya mana-mana agama pun suruh buat baik,
jadi kamu semua ni kena buat baik. Buat sesuatu yang boleh contribute something to the others, because like these children, you
all also are the assets to the country ...correct or not? ”
Hah tu dia!
Mulut kami pula yang melopong mendengar Mak Pah speaking!
“Mak Pah harap kamu semua nanti, bila pergi kat luar
Negara tu... Take care of yourself-lah,.. Jangan pulak kata orang tu jadi,..
culture shock”
“In everything that you all do in life, must be because
Allah... Yelah,.. sometimes we waste time...we tend to forget Allah which is
the purpose of our life,.. so, keluar rumah,.. baca doa,.. ingat Allah
banyak-banyak sebab boleh jadi, kita meninggal pada hari kita keluar tu,.. and
one more thing,...Always do something that benefit others... because as a
muslim, we must think how to give sedekah to others,.. everyday you know,...
even a smile can be a sedekah,. said Rasulullah SAW”
Steady lah Mak Pah!
Butir kata dari Mak Pah memang bagai peluru yang
laju membenam ke dasar qalbu yang paling dalam di hati kami. Saya tidak tahu
samada Mak Pah memang pernah mengikuti slot ISK atau Sayonara Jahiliah, tetapi
warisan muslim yang gagah sedang dilatih sendiri oleh Mak Pah di Rumah Titian
Kasih ini,...
Itulah hikmah yang saya dapat kongsikan ketika
sejenak kami meniti kehidupan di Titian Kasih. Ya, suka juga saya ingin
mengingatkan kepada pembaca yang budiman tentang sedekah:
Thank you Mak Pah!
Saturday, 3 March 2012
bukan kerna nama...
Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya blog ini tercipta.
Pada suatu malam, setelah selesai sesi usrah mingguan, saya dan beberapa rakan duduk berbincang tentang dakwah. Tentunya dalam zaman serba canggih ini, dakwah melalui internet bukan perkara yang baru dan masing-masing ada blog dakwah, bersemangat mencurah abjad kata hasil basah hikmah dari usrah setiap minggu- kecuali saya.
Masing-masing ada nama pena juga-kecuali saya
Maka, malam itu, nama adi husni dibidankan. Nama ini saya abadikan ke jalan dakwah yang panjang dan payah.
Malam itu, kawan-kawan ketawa melihat saya ghairah mncipta nama pena.( "Macam-macamlah kau ni..hahahaha"-lebih kurang begitu)
Jauh di dasar hati, saya sebenarnya lebih tidak sabar dan ghairah untuk menempuh jalan dakwah. Saya menulis bukan kerna nama. segala yang saya lakukan sebenarnya disaksikan oleh Allah SWT dan kerna keredhaanNya lah saya bernafas, hidup, beribadah, belajar,..... dan menulis. Semoga abjad kata yang saya tanam bakal berbuah hikmah kepada pembaca.
Aku menulis, bukan kernaaaa naamaaa!!! Kernaaa sifat kasih, padaaa sesama insa.....
Astaghfirullahhala'zhim,.. mintak maaf,... saya terbawa-bawa...hehehee.

Subscribe to:
Posts (Atom)