Thursday 29 March 2012

Sejenak Meniti Kehidupan di Titian Kasih


Sayup-sayup azan Subuh kedengaran; bagai menyergah kami yang lemas dalam lena mimpi. Usai subuh, barang-barang hadiah dan makanan telah disusun rapi-menunggu dibawa pergi. Pagi itu kami berangkat dari Cemara yang sentosa menuju Titian Kasih di Titiwangsa.

Wajah anak-anak ini polos sekali (mungkin kerana tiada noda dosa yang memalit-agaknya). Riang tawa yang berbunga di raut anak-anak ini segera menambat hati kami.Sesekali hilai tangis ada juga berselang tetapi muzik latar begitu lumrah bagi anak-anak kecil. Nun jauh di satu sudut, anak-anak remaja Titian Kasih agak malu (sebenarnya segan)  untuk bersua. Yang lelaki,(yang macho-macho) buat-buat tak tahu-yang perempuan(yang manis-manis), malu tapi mahu!

Apapun ketika aktiviti, ramai juga yang menyertai kami. Sorak gembira anak-anak dan kuntum senyum ibu-ibu tunggal di titian kasih meluluhkan hati saya.

Apa rasanya menjadi anak yatim piatu?( Saya membayangkan perkara ini sepanjang perjalanan)

Mak Pah. Mak Pah mengasaskan Rumah Titian Kasih pada tahun 1998.Wajah Mak Pah memang menyeringai dengan giginya yang tak cukup; macam pagar rosak-biasalah,gigi orang tua. Namun begitu, Subhanallah,  butir-butir mutiara hikmah yang terbit dari lisannya menjadi kalungan ilmu kami pada hari itu.

Begini kata Mak Pah:

“Jangan terkejut anak-anak eh, gigi Mak Pah ni memang macam pagar rosak, tapi Mak Pah rasa, Alhamdulillah-lah sebab Allah tu dah bagi mak Pah pinjam gigi ni selama 50 tahun lebih Mak Pah hidup. Mak Pah rasa syukur sangat”.

“Mak Pah percaya mana-mana agama pun suruh buat baik, jadi kamu semua ni kena buat baik. Buat sesuatu yang boleh contribute something to the others, because like these children, you all also are the assets to the country ...correct or not?

 Hah tu dia! Mulut kami pula yang melopong mendengar Mak Pah speaking!

“Mak Pah harap kamu semua nanti, bila pergi kat luar Negara tu... Take care of yourself-lah,.. Jangan pulak kata orang tu jadi,.. culture shock

“In everything that you all do in life, must be because Allah... Yelah,.. sometimes we waste time...we tend to forget Allah which is the purpose of our life,.. so, keluar rumah,.. baca doa,.. ingat Allah banyak-banyak sebab boleh jadi, kita meninggal pada hari kita keluar tu,.. and one more thing,...Always do something that benefit others... because as a muslim, we must think how to give sedekah to others,.. everyday you know,... even a smile can be a sedekah,. said Rasulullah SAW

Steady lah Mak Pah!

Butir kata dari Mak Pah memang bagai peluru yang laju membenam ke dasar qalbu yang paling dalam di hati kami. Saya tidak tahu samada Mak Pah memang pernah mengikuti slot ISK atau Sayonara Jahiliah, tetapi warisan muslim yang gagah sedang dilatih sendiri oleh Mak Pah di Rumah Titian Kasih ini,...

Itulah hikmah yang saya dapat kongsikan ketika sejenak kami meniti kehidupan di Titian Kasih. Ya, suka juga saya ingin mengingatkan kepada pembaca yang budiman tentang sedekah:


Thank you Mak Pah!






    

No comments:

Post a Comment