Kerana hujan
pagi.
Curah deras dari langit
menyimbah bumi
supaya bangun
dari ketandusan
malam tadi.
Tiadalah burung
berkicau lagu
atau jerit hon
yang sebu
yang ada hanya
deru syahdu
titis yang pecah
di mana-mana
di bumbung, tar,
dan rerumputan
membasahi
kehidupan
Tengahari kini,
Hujan telah
berhenti
Langit tersenyum
pelangi
Burung kembali
menyanyi
Dan pabila angin
datang,
mengirim salam
bahagia,
mendakap
dedaunan kuyup,
embun pun jatuh
dari silara
Aku yang bangkit
tergesa
Kerana hujan
pagi
Terbangun dari
mimpi.
~Adihusni~
No comments:
Post a Comment